Sinonim dengan warna biru,merah dan hijau.Baguslah.Aman malaysia,ketiga tiga nie bergabung dan berbaik..choyyy..politik la ko nie.lain2.Pasal 100 plus yang makin femes sebab aku duta nya la sekarang~
Minuman nie memang mudah didapati dimana-mana sahaja.Bukan sahaja di Supermarket,Superman,99,Mydin,Tepi jalan,Kedai runcit malah turut dijual di kantin sekolah.Percayalah..Lagi satu..dekat warung pak jabit pun ade taw..
Aku tertarik dengan entri aku nie.Macam sangat menarik.Hahaha..nampak tak betapa perasannya aku nie.tu tanda aku ada perasaan.Berbalik kepada minuman istonik 100 plus nie.Aku sendiri jarang-jarang.kadang-kadang etc minum air nie..sebab xde duit..muahaha..minum air kosong tak perlu kos kot..free of charge je..jimat duit aku..
gambar hiasan

Korang perasan tak.Setiap kali kalau ada apa-apa acara atau event seperti hari sukan kebiasaannya mesti dibekalkan dengan air 100 plus tak pun air mineral.Ini aku punya situasi la.Tak tahulah korang pulak camne.Jadi.Kadang-kadang aku tertanya-tanya,Nape tak bagi aku yang perisa stawberi.sedap sikit.Dahlah merah.bila minum,sure tak payah pakai lipstik merah mak ngah dah memang merah."eh.kau pakai lipstik ke,merah betul,cantik bibir kau".Sambil menjawab mata pandang atas tangan ke dada."guna air perisa stawberi pun boleh"..baca dengan nada bongkak k..hua3
Okeyh..Aku tertarik dan terkejar-kejar nak buat entry nie sebab aku nak tahu sangat tahap keberhasilan 100 plus nie.So,apa aku dapat.aku nak share sama2 lah.Sharing is caring right..?
Ape pun aku nak citer pasal keburukan 100 plus dulu baru aku citer pasal kebaikan di sebaliknya.Biar korang sedih dulu.Kemdian korang happy
Keburukan 100 plus nie
::: Minuman nie memang banyak gula,bergula,sweet,korang try la la tumpahkan setitik airnya.Tak sampai 0.001 saat semut dah sampai.Kesian kak limah tak boleh main enjit2 semut..opss..merepek sudah ! Okeh so..oleh kerana minuman nie sangat lah manis ibarat korang letak 20 sudu gula kedalam secawan air,jadi diingatkan kepada pesakit kencing manis dan diabetes supaya jangan amalkan minuman nie dalam kehidupan seharian.Risiko sangat tinggi.Kalau teringin sangat bolehlah rujuk kepada Doktor yang bertauliah.Tapi Kalau utk sekali sekala mungkin tak apa kot.Ish..pandai-pandai aku je kan..
::: Ini minuman bergas.Tapi ada sumber yang mengatakan yang mana sumber ini merupakan antara pekerja yang bekerja dikilang ini bahawa sebenarnya 100 plus nie bukanlah minuman bergas.Tapi aku macam tak percaya sebab bila aku bukak penutupnya,mesti ade bunyik pssssstt..betul tak? So.macam ada gas la kan.Jadi tak tahulah sejauh mana tahap keasidan gas itu.ASID??hua3..ganas btul aku..mati anak orang kang.
okay tu je lah keburukannya yang aku boleh share
NEXT
Kita sentuh tentang kebaikannya pulak
::: Minuman 100 plus nie mengandungi natrium, kalium, kalsium, magnesium, klorida, fosfat dan air.Ish.pandai pulak aku bab2 nie.Dulu bukan main susah nak ingat.Okay.research.Minuman nie dikhaskan untuk para atlit sebenarnya.Korang yang tak atlit pun bleh jugak apa.Minuman nie biasa di minum oleh para atlit lepas diorang habis bersukan.Air nie lain dari air bergas yang lain sebab "isotonik" iiaitu ia mempunyai molekul dan zarah2 yang sangat kecil.Molekul2 zarah nie pulak akan meresap ke dalam otot dan saraf yang dapat mengembalikan kecergasan dan menghilangkan keletihan seseorang.
::: Menghilangkan demam atau demam denggi atau pening.Aku pernah mencuba sendiri.Tak payah lah susah2 nak menelan panadol yang besar gedabak tu..huishh..dub dap dub dap je mandangnyer.Tapi kawan aku penah makan panadol sepapan.Pening sangat sebab putus cinta.Logikkah?huhu.And korang tak payah la nak carik air badak or kotal.Minum 100 plus pun dah okey.Tambahan,ia menambahkan tenaga daripada lembik kepada lebih kuat siap muncul otot2 yang berketul2 yang tak pernah muncul sebelum nie (aku tipu je).Selain tu,ia turut mengurangkan suhu badan kita.Benda nie betul2 jadi sebab aku sendiri mengalami and aku aplikasi.Apa-apa pun,mesti rujuk kepada doktor yang bertauliah dulu.
::: Masalah buang air kecik atau sakit ketika membuang air kecil.Siapa ada gejala seperti nie boleh la mencuba minuman 100 plus.Hal ini disebabkan kandungan dalam minuman 100 plus yang sudah dinyatakan sebelum nie kerana ia merupakan tanda anda dihidrasi.Apa-apa pun kenalah merujuk kepada doktor yang bertauliah.
Apa-apa pun kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada 100 plus sebab ia hanyalah sekadar suggestion je sebab aku pernah mencubanya.Jadi aku syorkan lah.Tapi walau apa-apa pun mestilah rujuk kepada doktor dulu.Aku kalau demam memang ambil 100 plus sebab malas nak pergi jumpa doktor.Leceh la.Tapi walau apa2 pun sebenarnya kita perlu jumpa doktor at least setahun sekali la.tak pun sebulan sekali,tu lebih baik.Apa yang penting jagalah kesihatan sebaik-baiknya.Amalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
nampak menggoda kan milo tabur nie..yum2
** aku sedih sebab ramuan minuman milo terdapat keraguan dalam kandungannya.Dikatakan bahawa milo terdapat campuran daging cacing.Aku tak tahu sejauh mana kebenarannya.Tapi bila dah ada syubhah elok kita tidak mengambilnya lagi.**
:: syarikat 100 plus kena bagi aku komisen sikit sebab aku dah promote produk diorang.hehe ::











3 comments:
Macam-macam cerita dah dengar pasal minuman isotonik sekarang terutamanya 100Plus.
hahaa. akak pulak duta 7up Revive.. =P
So nanti komen pasal produk I plak k..TQ
Post a Comment