Sekarang aku update entri macam aku update status kat facebook. KAH3x. Oleh kerana aku pun dah takda Facebook, aku curahkan kasih sayang aku pada blog pulak.lalala T_T
Seperti yang dijanjikan oleh aku pada seorang sahabat yang bergelar Cahaya yang berjaya ( Nurul Najihah) If I not mistaken Nurul right? Sorry, jika aku salah. =.='.
Aku memang selalu ternanti2 entri daripada dia pun. Selalu gak aku dok usha bila dia nak update entry haihh..dan akhirnya, ada pun entri baru dari blog
BINGKISAN RINDU ^_^ dengan entri terbarunya
APAKAH CIRI-CIRINYA??
Aku sangat tertarik dengan entrinya yang mana menceritakan tentang IMPIAN. IMPIAN tak sama dengan ANGAN-ANGAN. Bagi aku, ANGAN-ANGAN adalah sesuatu perkara yang kita nak tetapi kita tak usaha, berkhayal ke awang2an je lebih. Beza dengan IMPIAN, kita nakkan sesuatu nie, jadi kita berazam untuk mendapatkannya dengan berusaha. (DOA+AMAL BAIKNYA+USAHA+IZIN ALLAH)
Macam-macam cara kita boleh lakukan untuk mencapai IMPIAN kita ini. Aku bagi contoh yang aku dapat daripada blog
BINGKISAN RINDU nie. Thanks Ji'ah! ^_^ Cerita2 ini sangat memotivasikan aku! SUKA jiddan!
Contoh pertama :
Ustaz Hakim Mohd Nor semasa mudanya mengimpikan kereta BMW, berbulan madu dengan isterinya di Sepanyol dan berkahwin pada 16 September. Ini adalah diantara impian beliau.(bila sebut antara, mesti ada impian lain lagi). Beliau dapat mencapai impian-impian ini bukan dengan duitnya sendiri. Kereta BMW yang diimpikan beliau, dihadiahkan oleh seseorang (tak dapat dikenalpasti siapa), pakej bulan madu dengan isteri beliau yang dihadiakan dan diuruskan oleh sahabat beliau, dan untuk berkahwin pada 16 september itu dipermudahkan oleh Allah dengan dipercepatkan tarikh tersebut pada 2 jun ini. SubhanAllah. Alhamdulillah.
Bagaimana cara beliau mendapatkan itu semua? Caranya, beliau telah menyenaraikan impian-impian tersebut ditempat yang biasa beliau pandang setiap hari. SENARAIKAN! Bila kita senaraikan dan sentiasa menyebutnya, ia akan menjadi satu doa kan.
Baiklah, sekarang kita pergi pada contoh kedua..
Encik Firdaus Arshad iaitu motivator untuk program UPSI Strive for Excellence menceritakan bahawa seorang sahabatnya mengimpikan untuk mendapat isteri seakan-akan Siti Nur Haliza iaitu dari segi rupa, suara dan bentuk badannya. Dan untuk impian ini, beliau dapat apa yang beliau impikan.REALLY! Cara yang dilakukan adalah dengan menyenaraikannya dengan sehelai kertas sahaja ! dan meletakkan kertas tersebut didalam dompetnya dan beliau akan memandang kertas tersebut setiap kali membuka dompet tersebut. Ini bukan gila tapi teknik!
---------------------------------------------------------------------------------------
Dan apabila aku membaca teknik ini, aku baru teringat bahawa aku pernah melakukan ini suatu ketika duhulu. Masa nie aku tengah belajar (walaupun sekarang pun sdg belajar lagi.HAHA), aku pada saat itu sedang menghadapi STPM. Boleh putus urat nak jawab soalan2 dia. Apa yang aku buat ialah, aku tulis 4A STPM 2010. dalam beberapa helai kad yang aku bentukkan love. Aku letak kad itu, di dalam almari aku, di dalam tafsir al-Quran aku, di atas katil aku, di meja study aku! Hah!!Merata-rata aku letak. Bilik mandi je aku tak letak pulak, sebab time mandi, kita nak rileks, kang pandang 4A tu stress pulak. KAH3X. Disamping tu, usaha lain juga turut dilakukan seperti study group, baca BACA BACA buku, solat2 sunat. Tu je lah caranya. dan akhirnya Alhamdulillah, TERCAPAI!. dan kini aku ada 2 IMPIAN!
IMPIAN pertama mestilah nak dapat DEKAN dan nak jadi EXPERT dalam bahagian penerbitan dan multimedia. (aku sekalikan je..hahaha.aci kan?)
IMPIAN KEDUA adalah Ciri-ciri Lelaki Impian yang bakal menjadi Imamku. (wah! dalam hati ada taman aku ni) Eh. mestilah..walaupun muka cool, dalam hati Allah je tahu. Lalala~ Bila orang tanya, apa ciri-ciri suami yang kau nak? Aku akan blurr..sebab aku tak fikir lagi. Tapi sekarang aku dah fikir dah.(muka bahagia.sila bayang! ;p). Ini bukan kes gatal menggatal..tetapi ini adalah fitrah. Aku harap sangat seseorang tu tak baca entri nie..(memang pun, kan dia tengah umrah.haha) Aku harap sangat. Lagipun entri aku yang nie panjang. Nak ke dia baca. HAHA. Okay2..Aku dah short list kan dah..
1) AGAMA : Aku mencari lelaki yang kuat berpegang teguh dengan agamanya iaitu agama Islam. Tidaklah sehingga level ustaz. Sebab aku tidak mencari ustaz, sebab aku kan ustazah, ngeh2x. dan dia tidaklah terlalu taksub sangat dengan agama. Dan, aku mencari yang beragama, sebab dia boleh membimbing aku sama-sama ke jalanNya. yang selalu mengingatkan aku, jika aku terlalai atau teroverdos. dan dia juga boleh menjadi imam aku ketika solat dan juga segala hal.
2) TUA : Oh yeah! Tidaklah tua sangat sampai 10 20 and above dari aku. Tak selera weyh. (Opss!) Setakat lebih berusia 2 3 tahun begitulah. dan tidak MUDA! Tidak!!
3) BERBUDI BAHASA : Dia mestilah seorang yang sabar dan menghormati orang tua, terutama ibu bapa dia dan juga aku (ehem2). ala..penyayanglah senang cerita. Hua3x . Bukan apa, nampaklah kebertanggungjawaban dia. Dan dia sangat menghormati pandangan orang lain. dan dia suka senyum (eh! masuk dalam pakej nie jugak ek?lalala)yela2..kalau dia buat muka serius je. takutlah aku. Macam mana nak bergurau senda..(ececece..huaaaa.tak boleh bla).
4) BUKAN ORANG SELANGOR : yA Allah, aku nak sangat orang luar dari selangor. Aku teringin nak rasa suasana kampung. Aku takda kampung. Belajar dari kecik sampai besar pun dekat2 dengan rumah sendiri. Nak lah jugak jadi anak perantau. Sob2. Kakak dapat orang belah Barat, Abang Khai dapat orang Sabah Timur,Tawau (oversea), Abang Zaki dapat orang Selatan, Bagilah aku dapat orang Utara,lagi bagus kedah la... (eh2.Tiba.KAH3X) Haa..kan lengkap pakej tu satu keluarga..lalalala~
5) BERPENDIDIKAN : Oh, disini aku bukanlah nak menghina jika seseorang itu tidak berpendidikan. Tapi, bagi aku, ia adalah faktor penting dengan sebab sekufu. Aku nak dia lebih tahu ilmu sedikit berbanding aku, Contoh, aku failed BI, dia mesti kena pandai BI..abis tu camna nak pi Istanbul..kalau speaking berterabur. Kata..nak honeymoon kat sana..HAHAH. (eh!Impian ke angan2 nie?)
6) TIDAK MEROKOK : Haishh..sebab aku tidaklah suka membebel. Jadi, aku berharap, suami aku tak buat aku semput nak berleter tiap-tiap hari. Kita taknak mati sebab merokok. Jadi, aku berharap sangat si dia tidak merokok. Membazir. Baik, duit tu simpan, kita pi umrah sama-sama ya ^__^
7) BERKACA MATA : Dulu, kalau pandang lelaki pakai kaca mata..Wahh..hemsemnya..smart giler. Dulu lah. Tapi kalau boleh aku nak puji suami aku je. "hemsemnya awaksss"..baru dapat pahala.haha. 2-2 rabun, sweet apa..cari barang sama-sama mengagau..kah3x.
8) KULIT SAWO MATANG : Aku tidaklah mengharap lelaki yang berkulit cerah. Aku nak yang kulit sawo matang, Melayu asli punyer..tapi tidak lah hitam manis. Sawo matang, korang google lah sendiri macam mana rupanya sawo matang kalau tak tahu macam mana warnanya. Bagi aku orang yang berkulit sawo matang nie hensem! Nampak gagah! Yeahh.(pandangan aku je,korang..koranglah!)
9) PERAMAH : Dia bukanlah seorang pendiam sangat. Pendiam bertempat takpa. Seorang yang baik hati, rajin, suka bergurau..(macam peramah dengan aku je.haha) ish3.takdalah sampai orang kata suami aku nie sombong, tak bergaul dengan masyarakat.
10) ADA ASET : Oh! sesungguhnya, aku bukanlah seorang materealistik. Tetapi ia perlu ada sekarang untuk dunia hari ini. Paling-paling kurang dia mestilah mempunyai kereta sendiri bukannya kereta sewa. Tak perlu lori atau bas pun takpa..Kemudian, dia perlu ada rumah sendiri. Takkan nak duduk menumpang pulak dengan mak abah pulak kan. Segan.segan! nak hidup sendiri2. Takkan nak sweet2 depan keluarga pulak. Malulahhhhhh~.
11) BUNCIT : Eh2. jangan salah faham. Aku taknak lelaki aku buncit. Buncit 1 inci takpe. Lebih 1 inci, kita kena buat something kat perut tu nampaknya. Dan jangan kurus sangat. Sedang2 je. Kalau kurus, saya bagi awak makan banyak2. 6 kali sehari. Sampai awak nampak hemshem!! tapi kalau awak tiba2 gemukss..kita kena pergi jogging 5 kali round. Huh! Saya bukan apa. saya nak kita sama-sama sihat.(cewah!!!~) Kita sama-sama menjaga diri kita ya ^_^
12) MATANG: Bukanlah seorang yang panas baran dan cepat marah. Dia mampu menyelesaikan setiap masalah dengan sabar dan bijak.
Akhirnya..tersenarai pun. Ikutkan banyak lagi nie. tapi itu je lah kot.yang lain-lain yang baik tu, aku anggap bonus je lah dari Allah.Apa-apa pun, jangan pandang pada kebaikannya semata-mata tetapi perlu juga menerima kelemahan yang ada padanya juga.
Impian aku yang lain ..ingin mendirikan rumahtangga diusia yang awal dan muda jika diizinkan Allah. Tapi, kena carik yang dah bekerja la, yang dah mampu. Kang kalau tidak, family bagi lampu merah. Semoga dipermudahkan. Apa-apa pun. Bila kita inginkan yang terbaik, kita kena sentiasa memperbaiki diri kita menjadi lebih baik dan solehah.
Ingat. yang penting usaha+DOA+TAWAKAL..Solat hajat lagi bagus. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani setiap hamba-hambaNya. Sentiasa ingati Dia, Dia pasti akan ingat kita 2 kali ganda. In sha Allah.
* 2minggu ini terasa lama.haihh T_T*